Ummahat Al-Mu'minin: Mengenali Para Isteri Rasulullah #(L85)

RM35.00

Stock: 0

Code: 9789671910009

Berat: 0.380kg


Penghantaran


Description

 

Judul: Ummahat Al-Mu’minin: Mengenali Para Isteri Rasulullah ﷺ

Penulis: Prof. Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle

Penerbit: The Sunnah Press Sdn. Bhd.

ISBN: 978967191009

Dimensi : 21.3 cm x 13.9 cm x 1.1 cm

Berat: 0.38

Muka Surat: 284 m/s (Soft Cover)

 

Ummahāt al-Muʾminīn bermaksud para ibu bagi orang - orang mukmin, iaitu para wanita yang dinikahi Rasūlullāh صلى الله عليه وسلم dan baginda “bersama” dengan mereka. Mereka ini digelar sebegitu berdasarkan ayat al-Qur’an: Nabi itu lebih berhak terhadap orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri [pada apa yang dia seru mereka ke arahnya, walaupun mereka cenderung kepada selainnya] dan isteri-isterinya merupakan ibu-ibu mereka. Surah Al Ahzab Ayat 6 Secara ringkasnya, arahan Rasūlullāh صلى الله عليه وسلم lebih utama berbanding arahan manusia yang lain termasuklah ibu bapa dan orang mukmin. Seterusnya, mengapa para isteri baginda digelar sebagai ummahāt al-muʾminīn? Hal ini disebabkan ummahāt al- muʾminīn mempunyai hukum yang khusus, iaitu apabila baginda menikahi dan “bersama” dengan seseorang wanita itu dan kemudian baginda wafat, maka wanita tersebut tidak boleh dinikahi oleh mana-mana lelaki lain. Isteri nabi merupakan isteri baginda buat selama-lamanya hingga ke syurga. Buku ini menyenaraikan Isteri Isteri Nabi yang merupakan ibunda kita semua untuk dijadikan contoh bagi kita khususnya Wanita dizaman ini

Features