Telah Terbit Bulan Purnama (L13)

RM20.00

Stock: 0

Code: 9789830979328

Berat: 0.180kg


Penghantaran


Description

Tajuk : Telah Terbit Bulan Purnama
ISBN : 9789830979328
Penerbit : Galeri Ilmu
Penulis : Ustaz Muhadir Haji Joll
Muka Surat : 144
Halaman : Hitam Putih & Berwarna
Tahun Terbit : 2021
Format : Softcover
Berat : 0.18 kg
Dimensi (Cm) : 21.5 cm x 14.1 cm x 0.8 cm 

 

SINOPSIS: 

 

Nabi Muhammad SAW adalah rahmat yang besar untuk seluruh alam. Sepertimana bulan purnama memancarkan cahaya, Nabi Muhammad SAW adalah penunjuk jalan, pembimbing dan tokoh terulung yang wajar dimuliakan dan disanjung sepanjang zaman.

Naskhah ini berbicara tentang keistimewaan dan kelebihan Nabi Muhammad SAW berbanding para Nabi dan Rasul yang lain, pelbagai kemuliaan Rasulullah termasuk perbezaan panggilan atau gelaran daripada Allah terhadap Rasulullah dan Rasul-rasul yang lain seperti yang termaktub dalam al Quran.

Turut juga dinyatakan bagaimana para Sahabat dan generasi-generasi selepas mereka mencintai dan memuliakan Baginda dengan mengadakan sambutan Maulidur Rasul dan mengarang kitab serta menyusun qasidah.

Menyambut Maulidur Rasul adalah termasuk di dalam cara pendekatan diri kepada Allah di samping suatu ungkapan kebahagiaan dan kecintaan kepada Rasulullah, sebagaimana sabdanya, “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya dan anaknya dan manusia keseluruhannya”. Riwayat Imam Al-Bukhari.

 

KANDUNGAN:

  • Asal Perkataan Maulidur Rasul dan Maulidun Nabi
  • Makhluk-makhluk yang Besar Menyambut Maulidur Rasul
  • Makhluk Paling Mulia Menyambut Maulidur Rasul
  • Orang Pertama Menyambut Maulid Secara Besar-Besaran
  • Hukum Menyambut Maulidur Rasul
  • Antara Keberkatan Maulid
  • Kitab-Kitab Maulid
  • Sejarah Penulisan Qasidah Burdah
  • Hikmah Dan Rahsia Hari Isnin Dan Bulan Rabi’ul Awwal
  • Berlakunya Peristiwa Besar Dengan Asbab Maulid
  • Antara Kemuliaan Nabi Muhammad SAW Ketika Masih Kecil
  • Mengenal Bentuk Tubuh Rasulullah SAW
  • Kemuliaan Nabi Muhammad SAW
  • Nabi Muhammad SAW Pembawa Rahmat
  • Antara Akhlak Mulia Nabi Muhammmad SAW
  • Memilih Supaya Penduduk Thaif Tidak Diazab SAW
  • Mukjizat Nabi Muhammad SAW
  • Cinta Nabi SAW Kepada Umat
  • Mahalnya Harga Sebuah Cinta
  • Para Sahabat Mencintai Nabi SAW
  • Para Tabi’in Dan Golongan Selepas Mereka Mencintai Nabi SAW
  • Tanda Seseorang Mencintai Nabi SAW

Features