Surat Cinta Untuk Pendosa (L62,BL61)

RM26.70 RM30.00

Stock: 55

Code: 9789672118244

Berat: 0.490kg


Penghantaran


Description

Sahabatku…
 
 
Aku tahu, bukan mudah nak melupakan kisah silam.
 
 
Aku tahu, bukan mudah nak meninggalkan maksiat yang sering menghantuimu siang dan malam.
 
 
Sehingga, pernah terdetik di dalam hatimu:
 
 
“Aku dah tiada harapan lagi untuk ke syurga… .”
 
“Allah murka kepadaku… . ”
 
“Aku ini pasti diazab di dalam neraka!”
Hatimu merintih. Terasa sebak, sehingga air matamu mengalir berkali-kali. Setiap hari, setiap malam. Tangisanmu, hanya
kau dan Dia sahaja yang tahu.
 
Pejamkan matamu, tarik nafasmu dan senyumlah. Hakikatnya, Allah amat cintakan kau. Allah redha kepadamu. Allah memahami segala isi hatimu. Allah terima segala linangan air mata taubatmu. Allah dengar segala luahan dan rintihanmu.
 
Kasih sayang Allah kepadamu, lebih daripada kasih sayang seorang ibu terhadap bayi kecilnya; seperti mana sang ibu tak tergamak ingin mencampakkan bayinya ke dalam api, seperti itulah Allah tak mahu masukkan hambaNya ke dalam neraka.
 
Dia tak pernah jemu mengampunkanmu tika kau meminta ampun. Dia tak jemu menerima taubatmu ketika kau bertaubat.
Aku cuma ingin kau tahu, Allah amat sayangkanmu.
 
Malah, jika Allah detikkan hatimu untuk kembali, bermakna dia amat menantimu untuk kembali.
 
Ku hadiahkan untukmu, SURAT CINTA UNTUK PENDOSA ini, agar kau mula dekat denganNya, dan bahagia bersamaNya.

Features