Raudhah Sakeenah Kelantan # (L67)

RM35.00

Stock: 10

Code: 9789671941027

Berat: 0.240kg


Penghantaran


Description

Tajuk: Raudhah Sakeenah Kelantan
ISBN: 9789671941027
Penerbit: Pertubuhan IKRAM Malaysia
Penulis: Zaharah Sulaiman
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 233
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.240
Dimensi (cm): 19 x 12 x 2
 
SINOPSIS

Raudhah Sakeenah Kelantan: Sepancar Sinar, Segunung
Harapan adalah kompilasi perkongsian pengalaman mereka
yang terlibat secara langsung dengan Raudhah Sakeenah
Kelantan (RSK), sebuah pusat jagaan dan bimbingan bagi
menyantuni remaja perempuan yang terlibat dengan gejala
sosial.

Apabila berbuat dosa, sesetengah muslim alpa. Bukan lupakan Allah SWT,
tetapi mereka memerlukan bantuan dan bimbingan daripada kita.
Sesetengahnya pernah meminta bantuan. Mungkin ada yang rasa tidak selesa
lalu tidak membantu, atau pernah menutur kata-kata hinaan. Keadaan ini
membuatkan mereka yang melakukan dosa, pudar harapan terhadap Allah.
Buku ini adalah bukti bahawa mereka ini tidak diabaikan. Masih ramai insan
berhati mulia yang tidak putus-putus menolong dan menyokong usaha
mereka untuk kembali ke pangkal jalan.
Dr. Alizi Alias
Konsultan Psikologi Organisasi dan penulis buku PENAT

Membaca perkongsian dan kisah dalam buku ini membuatkan hati ini sebak.
Air mata merambu-rambu keluar apabila mengenangkan ujian yang
dihadapi pelatih-pelatih RSK. Hanya Allah SWT yang tahu apa yang mereka
lalui. Semoga ahli masyarakat dapat memberi ruang bagi memahami situasi

serta bersama-sama bekerja keras supaya bencana sosial seperti kudis yang
membelenggu ummah, lenyap sama sekali.

Dr. Umi Kalthum Ngah
Fasilitator Penulisan PenaWan, Penulis dan Ilustrator
 
 

Features