Nota My #QURANTIME: Juzuk 1 (L113,BL113)

RM30.00

Stock: 0

Code: 9789678609753

Berat: 0.500kg


Penghantaran


Description

 Tajuk: Nota My #QURANTIME: Juzuk 1 
ISBN: 9789678609753
Penerbit: Karya Bestari
Penulis: Tuan Fazrul Ismail , Ustaz Tarmizi Abdul Rahman,Ustaz Tirmizi Ali
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 347
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.500
Dimensi (cm): 23.3cm x16.5cm x1.6cm
 
 
 
Terbitan Karya Bestari.
Cetakan Ke-2.
 
Cara mudah untuk anda berinteraksi dengan Al-Quran.
 
BACA. FAHAM. AMAL.
 
My#QuranTime menjadi platform solidariti ummah untuk belajar asas bacaan Al-Quran, zikir & tadabbur. Program ini disiarkan di TV ALHIRAH.
 
Untuk memantapkan lagi pemahaman tentang kehebatan kitab suci Al-Quran, maka lahirlah Nota My#QuranTime sebagai rujukan lengkap untuk mereka yang cintakan ilmu Al-Quran.
 
NOTA MY #QURANTIME ini akan diterbitkan sebanyak 30 juzuk, yang mana setiap juzuk mempunyai sebanyak 230 hingga 300 halaman.

Nota ini juga merangkumi:

  • Satu buku, satu juzuk
  • Nota pilihan daripada penonton
  • Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
  • Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami
  • Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca

 

Lebih 7,000 buku Nota My#Quran Time terjual dalam seminggu.

Lebih 7,000 buah buku Nota My#Quran Time terjual dalam tempoh seminggu sejak ia diterbikan.

Ketua Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail berkata, buku terbitan Karya Bestari itu adalah manuskrip daripada program My#QuranTime yang disiarkan di TV AlHijrah daripada siri pertama sehingga ke-30.

“Buku ini adalah juzuk pertama dan kita masih ada 29 juzuk lagi. Jika diikutkan perancangan, kita akan mengeluarkan satu juzuk setiap bulan," katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Menandatangani Buka Nota My#Quran Time bersama Tirmizi dan Tarmizi di Kumpulan Karangkraf di sini semalam.

Sementara itu, Tirmizi berkata, melalui buku Nota My#Quran Time, pembaca bukan sahaja dapat membaca al-Quran dengan baik, namun yang lebih penting, mereka dapat mempelajari mesej-mesej yang disampaikan ALLAH SWT melalui al-Quran itu sendiri.

Menurutnya, buku tersebut turut diselitkan kaedah-kaedah membaca al-Quran dengan betul termasuk ilmu tajwid.

Tarmizi pula berkata, selepas pengenalan ilmu tajwid dalam juzuk pertama, pembaca akan diberi pendedahan mengenai ilmu taranum pada buku Nota My#Quran Time akan datang.

“Selain menonton rancangan My#Quran Time di televisyen atau di sosial media, penting juga untuk kita memerhati dan mengulang kaji ilmu-ilmu atau dapatan-dapatan bagi menambahkan lagi kefahaman dan juga kemahiran kita dengan al-Quran, insya-ALLAH,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin mengakui sambutan yang diterima amat menggalakkan sejak tempahan awal dibuka bulan lalu.

Menurutnya, pengisian buku tersebut menggunakan bahasa yang mudah dan santai bagi memberi kemudahan kepada mereka yang kurang berkemahiran dalam al-Quran untuk membacanya termasuk kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah.

“Buku Nota My#Quran Time dijual pada harga RM30 sebuah. Kita sasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 100,000 naskah Nota My#Quran Time setiap bulan bagi setiap juzuk berdasarkan fenomena dan pengikut yang ramai bagi program tersebut,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/101131/KHAS/
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 

TADABBUR DAN TAZAKKUR AL-QURAN DENGAN BUKU NOTA MY #QURANTIME

#QURANTIME ialah program yang disiarkan di TV ALHIJRAH yang mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur. Dari situ lahirnya naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.
.
Nota ini juga merangkumi:
- Satu buku, satu juzuk
- Nota pilihan daripada penonton
- Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
- Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami
- Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca
.
Lagi sesuai buku ini dibaca sambil menonton video program ini.
Untuk playlist di YouTube: https://www.youtube.com/playlist?listPLiCat32Pj1hvF_-f0cihTDW0vChFPUDZ6

Features