Matron Saya Nak Resign #(L16)

RM35.00

Stock: 35

Code: 9789671793800

Berat: 0.217kg


Penghantaran


Description

Tajuk: Matron Saya Nak Resign
ISBN: 9789671793800
Penerbit: Nuha Books
Penulis: Nursyukrina Md Khalil
Tahun Terbit: 2020
Muka Surat: 156
Halaman: Hitam putih
Format: Softcover
Berat: 0.21 kg
Dimensi(cm): 20.2 x 14 x 0.9

Ini ialah kisah dua tahun transisi kehidupan aku pasca perletakkan jawatan sebagai seorang jururawat terlatih di salah sebuah hospital Kerajaan. Keputusan berat itu aku lakukan setelah mendapati anak perempuan aku dikhuatiri berada di dalam keadaan yang membahayakan keselamatan dirinya, secara mental dan fizikal.

Umi tipu, umi asyik kerja!"

Kenyataan dari anak itu sudah cukup kuat untuk aku memutuskan untuk terus berhenti sebagai seorang jururawat. Aku tahu apa yang anak aku akan hadapi kalau aku terus membutakan mata dan memekakkan telinga dari mendengar luahan anak ini.

Inilah kisah anak mengharungi suka duka danberkorban sebagai anak seorang jururawat. Inilah dia kisah aku bertarung untuk bangkit dari fasa kemurungan selepas
mendapat tahu apa yang berlaku kepada anak ini sepanjang aku berkerja dan dalam masa yang sama aku menyambung pengajian.

Kalaulah aku tidak terlalu mengejar cita-cita.
Kalaulah aku tidak sambung belajar.
Kalaulah aku jaga sendiri anak ini.
Kalaulah aku tak hantar anak ini ke rumah pengasuh.
Kalaulah aku tak jadi jururawat
Kalaulah..

Itu sekadar membuka peluang dan ruang untuk syaitan membakar amarah dalam diri.

Aku putuskan untuk terus bangkit. Aku ada Allah. Allah pasti takkan sia-siakan aku dan anak ini. Aku kena kuat. Perjalanan hidup aku belum berakhir. Hidup ini adalah
permusafiran menuju akhirat. Ini adalah ujian untuk aku menuju ke sana!

Semuanya diungkap secara jujur dalam Matron, Saya Nak Resign!

Features