Kemurungan & Depresi : Punca dan Penawarnya #(L34)

RM25.00

Stock: 0

Code: 9789672605720

Berat: 0.350kg


Penghantaran


Description

Tajuk; Kemurungan & Depresi : Punca dan Penawar 
ISBN: 9789672605720
Penerbit: Nizamiyyah Institute
Penulis: Syeikh Dr Said Ramadan Al-Buti   
Penterjemah: Ahmad Naqiuddin Bin Awaluddin & Mohd Nur Azuan Mohd Nasir  
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 174
Halaman: Hitam Putih & berwarna 
Format: Softcover
Berat (kg):  kg
Dimensi (cm): 22.8cm x 15cm x 1.2cm  
 
SINOPSIS
 
Meskipun sudah banyak kajian dan penyelidikan dijalankan terhadap peyakit ini, malah karya mengenainya juga sudah ada di pasaran sebagai bahan bacaan, rujukan dan panduan kepada masyarakat dalam menghadapi gangguan kemurungan atau depresi ini, kita harus bersyukur kerana al-Shahid al-Shaykh Sa'id Ramadan al-Buti (semoga Allah merahmati bellau), seorang tokoh ilmuwan islam yang terkenal dengan kebernasan pemikirannya dalam menyampaikan ilmu dan dakwah kepada umat manusia di seluruh dunia telah turut mewacanakan isu krisis tekanan jiwa dan mental ini. Beliau telah mengupas faktor-faktor keterdedahan manusia terhadap penyakit ini dari aspek seperti kejahilan terhadap hakikat kehidupan dan ketakutan melampau terhadap musibah serta kaedah pencegahan dan perawatannya yang dibentangkan daripada al-Qur'an dan al-Sunnah, Firman Allah SWT dalam Surah Yunus (10), ayat 57:

بابها الناس قد جاءتكم موعظة من ربكم وشقاء المالي الصدور وهدى ورحمة للمؤمنين " *

"Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."

Selain menjadi panduan pengurutan, pencegahan dan rawatan bagi krisis tekanan jiwa

dan mental secara psikospiritual beracuan ajaran agama, wacana yang dibuat oleh beliau

ini juga secara tidak langsung membuktikan bahawa al-Quran sebagai panduan kehidupan

dan sentiasa relevan sepanjang masa.

Untungnya buat kita, wacana tersebut telah dirakam dalam bentuk video bersiri. Lebih lumayan lagi, video asal berbahasa Arab telah diterjemah ke bahasa ibunda kita hasil usaha oleh Ustaz Ahmad Naqiuddin dan Ustaz Mohd Nur Azuan, seterusnya dimanifestasikan dalam bentuk buku yang ada pada tangan pembaca sekarang ini,

Semoga Allah memberkati guru mulia kita, al-Shahid al-Shaykh Sa'id Ramadan al-Buti atas

diri dan ilmu yang kita dapat manfaatkan serta usaha penterjemahan dan pembukuannya. Profesor Madya Dr. Che Zarrina binti Sa'ari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya &

Timbalan Presiden, Persatuan Psikospiritual Islam (PSA)

Features