Inspirasi Khutbah Rasulullah (Q16)

RM29.00

Stock: 0

Code: 978-967-11-7703-7

Berat: 0.470kg


Penghantaran


Description

 
Format: Paperback
ISBN : 978-967-11-7703-7
Jumlah Muka Surat: 240
Berat(kg): 0.47
 
 
 
Sinopsis

Alangkah bertuahnya generasi sahabat yang berpeluang bertentang mata dengan Baginda, menghadam setiap butir nasihat yang keluar daripada bibir mulia Rasulullah SAW. Bersama Baginda, segala pertelingkahan dan perbezaan pendapat dapat diselesaikan, sehingga masyarakat Islam hidup dengan aman dan harmoni. Malangnya, dalam masyarakat Muslim kini, kekhilafan dalam kalangan ilmuwan Islam yang diharapkan memimpin umat, sebaliknya menyemarakkan lagi api permusuhan sesama mereka. Akhirnya, tinggallah masyarakat Muslim larut dalam kekeliruan dan percanggahan yang tidak berkesudahan. Pelbagai pandangan dan ulasan tokoh-tokoh agama dan politik, hanya menambahkan lagi kekusutan masyarakat, yang akhirnya menjauhkan diri daripada Islam.Justeru, sudah masanya kita kembali semula kepada pandangan dan nasihat Rasulullah SAW yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Memahami khutbah-khutbah Rasulullah SAW dalam konteks dunia moden adalah sangat penting bagi mengembalikan kepercayaan dan kebergantungan masyarakat kepada Rasulullah SAW dan mematuhi panduan yang diberikan. Selain perbahasan hadis dalam kerangka dunia kini, buku ini juga ditampilkan dalam susun atur yang moden, berwarna dan mesra pembaca. Gambar fotografi, graf, gambar rajah dan malah ilustrasi dimuatkan dalam buku ini bagi mengindahkan lagi penampilannya agar pembaca dalam memahami khutbah-khutbah Rasulullah ini dengan mudah dan teruja meneladaninya.

Features