(OS) Hijabsista Hijrahsista (Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung) (R8)

RM18.00

Stock: 10

Code: 978-967-411-471-8

Berat: 0.180kg


Penghantaran


Description

Apa yang Tuhan wajibkan adalah menutup aurat. Bukan sahaja bagi melindungi yang cantik-cantik tentang perempuan, tetapi juga sebagai ujian, adakah perempuan mampu bertahan dalam menurut perintah, melindungi yang cantik-cantik tentang mereka.

Inilah himpunan kisah 'bagaimana akhirnya aku bertudung'. Kisah bagaimana mereka patuh dan taat pada suruhan menutup aurat, juga kisah-kisah bagaimana mereka bertahan dalam ujian yang ganjarannya adalah syurga.


REVIEW

 

Lihat sahaja kulit muka buku ini, sudah terpampang raut wajah manis keempat-empat wanita iaitu Irma Hasmie, Diana Amir, Heliza Helmi dan Felixia Yeap. Ternyata wajah mereka tidak asing lagi di kaca muka televisyen saat pertama kali dilihat.

 

Pasti ada yang bertanya di dalam hati, buku apakah kali ini yang dikongsikan bersama, malah bukan seorang sahaja personaliti, tetapi empat kisah personaliti terkenal tanah air ditampilkan secara eksklusif dalam satu buku. Menarik bukan?

 

Jika dilihatkan gaya penceritaan buku ini, kisah yang diceritakan adalah kisah hidup mereka berempat dalam menempuhi hari-hari biasa sebagai seorang wanita yang berhijrah ke jalan Allah dan penuh cerita-cerita pengajaran yang boleh dijadikan sebagai inspirasi khususnya buat kaum hawa di luar sana.

 

Tersimpul juga detik pancaroba yang ditempuhi sepanjang bergelar personaliti muslimah dalam industri hiburan tanah air dan tidak ramai masyarakat yang tahu kisah di sebalik penghijrahan mereka.

 

Kali ini, PTS membawa sedikit kelainan dengan menggabungkan kisah-kisah mereka dan dikompilasikan sebagai satu buku yang bertajuk Hijabsista Hijrahsista- Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung.

 

Sungguh benar, hidayah itu milik Allah dan ianya dijanjikan kepada sahaja yang dikehendaki oleh Nya. Begitu juga yang terjadi kepada gerangan empat wanita ini yang sudah diketuk pintu hati untuk sentiasa istiqamah dan mencari redha Allah.

Tajuk: Hijabsista Hijrahsista (Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung)
ISBN: 978-967-411-471-8 
Muka Surat: 136
Saiz: 6'' x 9'' 
Berat (kg): 0.18

Features