Hidangan Lengkap Sehari Selasa (R14)

RM5.50

Stock: 0

Code: OS

Berat: 0.100kg


Penghantaran


Description


ISBN-13: 978-967-411-113-7
Tarikh Terbit: 29 Mar 2013
Jumlah Muka Surat : 48
Berat (KG) : 0.10
Kategori: Resipi
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd


Sinopsis

Chef Hussin Khan adalah pensyarah di Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pulau Pinang. Cintanya pada dunia masakan mendorong beliau melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Sarjana dalam bidang Sains Makanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Anak kelahiran Bruas, Perak ini pernah menjadi tukang masak di beberapa hotel terkemuka di Malaysia dan pernah berkhidmat di Istana Darul Iman serta Darul Izzah Brunei Darussalam.

Finalis program realiti masakan 'Maggi Mencari Bintang' di TV 3 ini pernah menerima pingat dalam beberapa siri pertandingan masakan di dalam dan luar negara. Terbaru beliau memenangi pingat emas dalam Pertandingan Inovasi di Brussel, Belgium. Beliau turut dipanggil untuk menjadi chef jemputan dan pengadil pertandingan memasak di seluruh Malaysia.

Buku Hidangan Lengkap Sehari ini merangkumi hidangan dari sarapan pagi hingga makan malam. Setiap resipi dalam buku ini diasingkan mengikut kesesuaian hari. Pembaca disarankan mendapatkan kesemua buku dalam siri ini bagi memberi idea menghasilkan masakan mengikut hari dari hari sibuk hingga hari santai.

Sekiranya anda tercari-cari apa yang mahu dimasak pada hari Selasa, milikilah buku istimewa ini!

 

Sarapan Pagi dan Minum Petang
Lempeng Epal Bermadu
Wantan Udang
Bubur Nasi Bonda
Cucur Keledek Pedas
Cucur Betik Masak

Pembuka Selera
Sandwic Roti Pita
Fucuk Sumbat 
Ikan Bilis Petai
Frita Udang 
Samosa Alaf baru
Ayam Boxing Rangup
Jelatah Berlauk

Makan Tengah Hari dan Makan Malam
Lala Masak Asam Thai
Skewer Udang, Sotong dan Ikan
Sayur Campur Szechuan
Pejari Nanas
Ayam Goreng Mutiara
Masak Lemak Nangka Ikan Masin
Spageti Goreng Isi Ketam

Buah dan Salad
Salad Buah-Buahan Kering
Salad Rojak Buah
Salad Jambu Batu Asam Boi
Salad Jambu Air dan Nuget

Features