Dia Tinggalkan Tanda (L97)

RM30.00

Stock: 0

Code: 9789830977874

Berat: 0.398kg


Penghantaran


Description

JUDUL: DIA TINGGALKAN TANDA

ISBN: 978-983-097-787-4

Kod: GB0554

Penulis: Roza Roslan

Tebal: 312 ms

Harga: RM 30.00/ RM32.00

Berat: 0.3

 

 

SINOPSIS

Dia Tinggalkan Tanda ditulis berdasarkan kepada perjalanan pebagai kisah hidup penulis sendiri. Ia disampaikan dengan hati dan perasaan untuk mengaitkan dengan tanda-tanda kebesaran dan kemuliaan Allah SWT.

 

Secara hakikatnya, ia adalah juga kisah kita semua. Maksudnya, pelbagai kisah yang dipaparkan akhirnya mengajar kita supaya melatih diri bersabar, redha dan bersyukur apabila diuji.

 

Pulau Samosir dipenuhi dengan berhala taghut, kuburan Raja Batak serta kaum keluarganya. Namun, keunikan bumbung rumah Batak Toba menarik perhatian. Bumbungnya yang melengkung kedapatan ciri-ciri rumah minang.

'Mara bersorak Hoora, Hoora, Hoora!' beritahu pemandu pelancong kami. Spontan kami menyambut, namun menyesal kemudian kerana sorakan itu dakwanya untuk mengejutkan si berhala dungu yang sedang tidur! Tanda kejahilan...

Ada cubaan licik sekali lagi meminta kami masuk ke bawah rumah Si Raja Batak dalam keadaan tunduk menyembah. Namun kami menolak. Tanda keimanan kami dijaga oleh Allah Ar-Raqib- Yang Maha Mengawasi.

Pengajaran? Berhati-hati ketika melancong. Jangan sampai akidah terlencong. Kami memohon keampunan Allah yang maha mengetahui kejahilan kami!.

Features