Calon Isteri Buat Suami #(L42)

RM27.90

Stock: 5

Code: 9789672394129

Berat: 0.290kg


Penghantaran


Description

Tajuk: Calon Isteri Buat Suami
ISBN: 978-967-2394-12-9
Penerbit: Karya Publika
Penulis: Sophilea
Tahun Terbitan: 
Muka Surat:
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover 
Berat (kg):0.290
Dimensi (cm): 18.4x11.2x1.7

TEASER 

“Ehem…”
Haizi melangkah mendekati, lelaki berbaju kemeja hijau serindit dan loafer coklat tua yang tersarung di kaki. Dari tadi sepasang matanya asyik sahaja memandang jeram yang mengalir jernih.
“Exuse me nama saya bukan ehem. Raja Nazim Raja Riduan.”
Dia cuma pandang sekilas pada Haizi yang muncul tiba-tiba.
Haizi menjeling, masih berdiri di sebelah Raja Nazim yang berdiri di tebing .

“Hah samada awak atau saya yang tak faham maksud deheman tadi. By the way…welcome to my hometown. Best kan kat sini sesuatu yang awak tak akan jumpa di bandar-bandar dan kota. Back to nature.”
Dia pun tak tahu mungkin keluarga memberi izin secara tersirat untuk dia di sini dengan dengan Raja Nazim.
Tadi abang long mencarinya di atas rumah. Kata abang long pergilah temankan Nazim di belakang, sementara kedua keluarga mencari jalinan utnuk saling lebih mengenali.
“Air! Setenang air di kali. Awak pernah dengar ungkapan ini Haizi?”
Haizi ketawa. Dia bukan pelajar sastera tapi bukan bermakna dia tak tahu tentang sastera. Dia suka saja baca novel-novel melayu apatah lagi novel-novel dari penulis terdahulu. Dia paling suka karya sasterawan negara Pak Shahnon Ahmad.
“Pernah. Biar saya tanya awak, em…awak tahu apa maksudnya?”
Nazim ketawa kecil. Gadis berkurung kuning di sebelahnya ini di kerling. Kemudian pandangannya kembali pada deruan air dari celahan batu di tengah jeram.
Macamana tenangnya awak tengok air yang mengalir ini macam tu lah juga ungkapan itu. Seronok awak duduk sini membesar dengan alam semulajadi. Jauh dari hiruk pikuk kota.”
Haizi menoleh ke sebelah. Di pandangnya lelaki di sebelahnya.
“Awak ni pandai juga berfalsafah ya, Raja Nazim. Atau cita-cita awak dulu nak jadi Dr Falsafah tapi tak kesampaian.”
Nazim menjeling.

“Saya bercakap tentang air di kali dah kenapa awak merepek sampai doktor falsafah. Saya cuma cakap seronok membesar di sini tapi awak melalut sampai cita-cita saya. Samada awak salah faham kata-kata saya atau saya yang kurang faham bahasa awak.”
Haizi ketawa.
“Saya jawab soalan atau kenyataan dari awak tadi. Ya seronok tinggal di sini. Di sini ada segalanya meskipun tak sempurna. Saya anak kampung Nazim. Tahu macamana bermain tali tarzan, bergayut di akar yang menjalar ke dahan pokok, dan terjun ke dalam sungai. Hutan jiwa saya. Awak nak tinggal di sini? Jadi orang hutan?”
Haizi senyum sinis.
“Jangan merepeklah. Em, berapa lama tempoh perkahwinan kita ini?”
Nazim tukar tajuk. Tak mahu soal itu terus meleret. Dia berdebar sebenarnya bila Haizi tanya dia mahu tinggal di sini.
Hati Haizi terguris sedikit. Akad belum, ijab pun belum namun sudah mahu memutuskan sejauh mana jodoh ini.

“Selama mana yang awak mahu. Atau mungkin secepat mana jodoh yang saya akan carikan buat awak. So, Raja Nazim Raja Riduan jodoh yang macamana yang awak mahukan. Senang saya nak cari dan cepat kita berpisah. Awak ingat saya pun nak hidup lama sebagai isteri awak? Em…”

Hatinya menangis tapi Nazim tak pernah tahu.
‘Nazim bukan senang saya nak korbankan semua ini demi memenuhi permintaan ibu awak.’
“Awak ni berlagak betulkan Haizi. Awak ingat awak siapa untuk tentukan jodoh saya. Awak ingat awak boleh carikan jodoh untuk saya?”
Kali ini Haizi berpaling. Mengadap Nazim. Lama Nazim di pandang sehingga Nazim tak tentu arah jadinya.
“Kalau begitu jangan marah kalau awak terseksa beristerikan saya. Lagi cepat awak terima gadis yang saya kenalkan pada awak, lagi cepat saya akan pergi dari hidup awak.”

“Kita tengoklah siapa yang terseksa. Awak atau saya.”
Mahu sahaja dia tolak Nazim jatuh terus ke dalam jeram ini. Biar lemas biar hanyut biar mati dan dia tak akan menikahi lelaki ini.
“Awak nak saya seksa awak sekarang, Raja Nazim? Saya boleh tolong tolak awak ke dalam sungai ini. Biar hanyut tak ada siapa jumpa awak.”
Raja Nazim bulatkan matanya. Dia pandang ke arah rumah kemudian dia segera cekak lengan Haizi.
“Jom..”
“Jom kemana?”
Haizi sedikit meronta.
“Jom sama-sama hanyut.”
Haizi rentap tangannya dari pegangan Nazim.
“Saya tak nak hanyut dalam sungai ini saya nak hanyut…” Haizi terdiam.
‘Saya nak hanyut dalam hati dan jiwa awak.’
Kata-kata itu cuma bergema di hatinya. Cuma telinga dan mindanya yang mendengar.
“Kenapa tak habiskan ayat awak?”
Mata Nazim tajam memandang anak mata Haizi. Buatkan Haizi resah seketika.

Haizi geleng. Pantas dia pandang semula ke tengah jeram.
“Kenapa Haizi? Awak takut nak habiskan ayat awak?”
Seketika masing-masing terdiam. Hanya deruan jeram dan air terjun sahaja yang menjadi muzik latar. Bertemankan suara burung unggas dan geseran buluh.
“Thanks ambilkan rambutan untuk saya.”
Haizi senyum.
“Abang long yang kaitkan. Thanks untuk cincin ini meskipun saya tak layak.”
Haizi tayangkan jemarinya di udara. Cantik cincin emas berbatu satu yang tersarung ini. Padan sekali dengan jari manisnya.
“Setiap gadis layak untuk pakainya bila dia di ikat dengan seorang lelaki.” Nazim mahu menyambung kata-katanya bila satu suara mematikan perbualan keduanya.
“Seumur hidup ini pertama kali saya memiliki sesuatu yang indah macam ini.”

“Awak suka?” Soal Nazim.
Haizi angguk.

“Tapi saya bukan materialistik macam yang awak fikirkan. Saya tak mahu hidup mewah. Tak mahu ada barang mahal-mahal. Saya cuma mahu bahagia. Sebab…bahagia itu sangat mahal sampai tak ada harga dalam dunia ini yang mampu membeli harga sebuah kebahagiaan.”
“Jadi, sekarang awak bahagia? Sebab saya nampak riak wajah awak seronok semacam.”
Haizi ketawa.
“Entah. Bahagia kut.”
“Akak…”

Haida muncul dari belakang. Tersenyum seketika pada bakal abang iparnya ini.
“Ada apa Haida?” Soal Haizi.
“Family abang Nazim dah nak balik. Dia orang panggil.”
Haizi kalihkan matanya di halaman. Semuanya sudah berkumpul.

Features

Kategori Berkaitan