Bimbingan, Penghayatan dan Kesempurnaan Solat #(BL5,L8)

RM68.00

Stock: 10

Code: 9789834418304

Berat: 1.105kg


Penghantaran


Description

Tajuk: Bimbingan, Penghayatan dan Kesempurnaan Solat
ISBN: 9789834418304
Penerbit: Nadi Minda Resources
Penulis: Ustaz Johari bin Yaman
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 786
Halaman: Hitam Putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 1.105
Dimensi (cm): 23.5 x 15.3 x 4.2
 
Kita boleh menjadi orang yang paling bersih rohani dan paling hampir dengan Allah, jika kita mengerjakan solat dan tidak akan berasa takut menempuh kematian dengan mengetahui rahsia-rahsianya.

Apa yang perlu kita lakukan sebagai khalifah di muka bumi ini, dan kita sendiri pasti mengetahui betapa pentingnya kewajipan bersolat dan pensyariatannya. Kita sebagai seorang Muslim yang melaksanakan solat pastinya kita tahu tahap pengetahuan tentangnya. Tidak semua orang yang solat khusuk dalam solatnya, sedangkan kekhusukkan itu amat penting.

Ketahuilah bahawa orang yang bersolat pun boleh dihumban ke neraka kerana kejahilan dalam mengerjakan solat. Bagaimana pula dengan orang yang langsung tidak mahu mengerjakan solat? Solat itu tiang agama dan perbezaan antara Islam dan kafir adalah solat. Orang yang mengerjakan solat bererti menegakkan agama, manakala orang yang meninggalkan solat bererti meruntuhkannya.

Buku ini telah disusun khusus bertujuan membimbing diri sebagai hamba yang lemah ke arah kesempurnaan solat agar menjadi umat Islam yang diredhai Allah di dunia dan mendapat keuntungan di akhirat.

Buku Bimbingan, Penghayatan dan kesempurnaan Solat ini, memuatkan secara menyeluruh dan terperinci tentang ibadat solat, ditampilkan dengan bahasa yang mudah difahami, dihadirkan dengan idea cemerlang disertai ilustrasi-ilustrasi menarik untuk memudahkan pemahaman para pembaca. Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan bagi keluarga Muslim yang cintakan agama, cinta solat, cinta keluarga, demi dunia dan akhirat.

Features

Kategori Berkaitan